Tuesday, October 16, 2012

Kenapa perlu ambik lesen memandu ?

Bismillah..

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, sempat juga meluangkan sedikit masa untuk menghapdet Jom Return setelah sekian lama mendiamkan papan kekunci..hehe..

Ada seorang adik bertanya, kenapa mesti ambil lesen dulu baru boleh memandu ?

Apa jawapan yang paling best ?

Jom kita sama-sama ikuti huraiannya..hehehe... :)

Kenapa perlu ambik lesen?

Sebab, kita perlu tahu apa peraturan, undang-undang, hukuman dan sebagainya jika tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Ada akta keselamatan jalan raya, peraturan pun ada.

Untuk apa semua tu ?

Tidak lain dan tidak bukan, untuk keselamatan, menjaga dan mengelakkan kehilangan nyawa, harta benda dan sebagainya...

Betul atau tidak ???

Jadi, memang sangat terbukti, segala peraturan yang digubal itu adalah untuk kebaikan secara umumnya, bukannya menyusahkan dan tidak relevan. Jika ianya tidak relevan, mana mungkin keselamatan di jalan raya dapat dijamin dengan hanya mengharapkan setiap pengguna beringat-ingat sahaja, kerana akan berlaku pemandu yang ikut emosi, ikut kepala sendiri dan tidak ada adab dan akhlak dalam kalangan pemandu yang akan mengakibatkan banyak berlakunya kemalangan dan kematian !

Secara amnya, adakah layak untuk kita cuba mempertikaikan undang-undang yang ternyata memberi kebaikan kepada kita ?

Sedangkan kita sedia maklum, banyak kes kemalangan dan kematian di jalan raya berlaku kerana tidak mematuhi undang-undang jalanraya.

Betul atau tidak ???

Apa pula kaitannya dengan kenapa perlunya kita menurut garis panduan kehidupan yang telah ditetapkan oleh agama pula ??

Baik.

Secara umumnya, apa yang kita dapat tahu tentang agama, adanya pahala dan dosa, boleh dan tidak boleh, syurga dan neraka.

Betul atau tidak ??

Betul lah, agama menggariskan panduan kehidupan kepada sekalian manusia.
Apa yang boleh dibuat, apa yang perlu ditinggalkan, apa yang perlu diperbanyakkan, apa yang perlu dikurangkan dan dielakkan.

Jika kita lakukan apa yang diwajibkan/digalakkan/dianjurkan, maka kebaikan akan dibalas kepada kita, iaitu, balasan syurga dan begitulah sebaliknya.

Signifikan kepada hal ini ialah, agama merupakan peraturan dan satu sistem yang tidak jauh bezanya dengan konsep undang-undang jalan raya tadi. Adanya Al-Quran sebagai akta dan hitam putih, sebagai manual kehidupan, apakah hukuman yang setimpal dikenakan jika melanggar peraturan.

Memang sudah banyak berlaku dan lantas membuktikan, apabila tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, akan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Jika kita ambil contoh sistem di jalan raya tadi, kemalangan banyak berlaku kerana gagal mematuhi undang-undang.

Betul atau tidak ??

Kita sendiri lihat apa berlaku pada hari ini, kerana tidak mengikut apa yang agama telah tetapkan, makan perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Contoh :

Agama melarang untuk mendekati dan melakukan zina.
Apa yang berlaku : Sampah bukan lagi plastik dan kertas, tetapi BAYI !

Agama melarang untuk wanita mendedahkan aurat.
Apa yang berlaku : Kes rogol semakin meningkat.


Agama melarang untuk menabur fitnah dan berburuk sangka.
Apa yang berlaku : Perpecahan masyarakat kerana perkara yang tidak benar, yakni fitnah.

Agama menyediakan Al-Quran sebagai panduan daripada Allah sebagai manual hidup.
Apa yang berlaku : Hidup manusia kucar-kacir kerana mengikut ideologi ciptaan manusia.

Jadi, kenapa masih ragu-ragu untuk kembali kepada apa yang telah agama anjurkan, apa yang telah agama gariskan untuk dipatuhi, diikuti dan diaplikasi, kerana hanya Allah, pencipta manusia yang maha tahu apa yang baik untuk manusia.

Senang faham, hanya pencipta yang tahu perihal barang ciptaannya, apa baik dan buruknya.


Marilah kita kembali kepada ajaran Islam, patuhi dan hayati, kerana dengan Islamlah hidup manusia sejahtera setelah berpecah belah dulu..

* kembali kepada soalan tadi, kenapa perlu ambik lesen memandu, jawapannya ialah, kursus lesen memandu tu akan ajar kita peraturan dan undang-undang, so untuk tahu tentang peraturan agama, kena lah belajar dan cari ilmu tentangnya, itulah lesen kepada kita untuk 'memandu' hidup kita, dengan lesen pengetahuan..

Jom, return to Islam, the only solution, the way of life..
InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...