Thursday, June 2, 2011

Tempatku berpijak..

Bismillahirrahmanirrahim..

Andaikan dan bayangkan..

Kita adalah seorang pegawai pembersihan/pembantu rumah/bibik.
Kita bekerja di bawah naungan tuan rumah/ bos kita.
Kita bekerja dengan dibayar gaji pada setiap bulan.
Kita bekerja dengan menepati dan mematuhi segala peraturan dan syarat yang ditetapkan.
Kita ditegah itu dan ini atas sebab yang tertentu, untuk kebaikan kita dan majikan.
Kita patuhi peraturan itu. Nanti gaji tidak berkat.
Kita diberi tempat tinggal/penginapan.
Kita disuruh untuk menjaga kebersihan serta segala kelengkapan yang ada mesti dijaga.
Kita disuruh supaya menjaga tatatertib semasa tinggal di tempat tinggal/penginapan itu.
Kita ingin gaji yang halal dan berkat, semua yang baik kita patuhi.
Kita berterima kasih kepada majikan yang sangat baik kepada kita.

Majikan yang menjanjikan gaji yang lumayan.
Majikan yang memberikan tempat tinggal/penginapan yang selesa.
Majikan yang sangat prihatin dengan kita.
Majikan yang menegur kesalahan kita supaya ianya tidak berulang lagi.
Majikan yang tidak kedekut untuk memberikan bonus kepada kita.

Adakah kita seorang pekerja yang baik ?

Oh, mungkin ada dari kita yang belum bekerja.

Tapi, walaupun belum mempunyai pekerjaan, kita sudah diberikan pekerjaan.
Kita sudah diberikan amanah.
Kita sudah diberikan tugas.

Allah subhanahu wata'ala, tuhan yang menciptakan manusia telah berfirman dalam surah Az-Zariyat, surah ke 51, ayat ke-56 :



Maksudnya ;
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Allah subhanahu wata'ala menciptakan jin dan juga kita, manusia hanyalah untuk menyembah Allah serta beribadah kepadaNya.

Selain itu, Allah subhanahu wata'ala juga berfirman dalam surah Al-Baqarah, surah kedua, ayat 21 :



Maksudnya;
Wahai sekalian manusia beribadahlah hanya kepada Allah yang telah menciptakan kalian dan orang orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa.

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah ?

Dari segi bahasa:
Ibadah bermaksud merendah diri, tunduk, patuh dan taat, menghina diri dan
memperhambakan diri kepada orang lain.

Dari segi istilah syarak:
Ibadah bermaksud taat,patuh dan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wata'ala mengikut peraturan dan suruhanNya sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Semua aktiviti harian kita itu adalah ibadah, jika ianya kita lakukan hanyalah semata-mata untuk mendapat redha dari Allah subhanahu wata'ala, mengikut ketetapan syariat Islam.

Adakah bermain bola sepak itu boleh dianggap sebagai ibadah ?

Ya, jika kita bermain mengikut peraturan yang telah ditetapkan agama.
Mulakan dengan niat yang baik untuk bermain.

" Aku mahu bersukan petang ni, supaya badan sihat, mudah untuk terus melakukan ibadah kepada Allah kalau badan sihat. Mengukuhkan ukhuwwah bersama kawan-kawan".

Dalam bermain pula, syariat agama tidak diketepikan.

Pakaian yang menutup aurat, tidak memakai seluar pendek dan memakai baju yang sesuai.
Bermain, dan berhenti lebih awal sebelum masuk waktu solat, supaya boleh bersedia untuk menunaikan solat.

Menjaga etika ketika bermain, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, berlaku kasar kepada orang lain, bersabar serta bijak mengawal emosi.

Berpakaian juga boleh menjadi ibadah kalau kena dengan caranya.

"Gua pakai seluar panjang bukannya ketinggalan zaman bro, ini namanya tutup aurat. Berdosa tau kalau x tutup aurat. Panas memang panas bro, tapi panas matahari tu apalah sangat kalau dibandingkan dengan panas api. Kalau lu nak kata fesyen macam gua ni x sesuai pakai kat Malaysia, kawasan garisan khatulistiwa, fesyen yang x padan dengan geografi, lu silap bro...lu silap besar punya. Tu ha orang Mesir yang tinggal di padang pasir tu pakai jubah, pakai niqab,burqa. Panas x panas Mesir tu?
Helehhh..setakat alasan panas lu tu x boleh pakai la bro.. Buat benda baik dengan niat kerana Allah, insya'Allah pahala pun dapat wa cakap lu.. Contoh la kan, lu ada seluar baru, Levi's la konon. Lu pakai, semata-mata untuk tunjuk depan member..

Nih, gua ada cerita..
Ada satu hari tu, gua x ingat berapa haribulan. Gua tengah tunggu turn nak masuk tandas kat Masjid Jamek. Kan tandas lama tu tengah renovate, so dorang buat la tandas sementara kat depan, tepi bilik jaga tu. Alah, tempat letak tudung ngan jubah untuk pelancong tu.. lepas tu datang satu family... ayahnya semua ok, baju kemeja, seluar slack, memang kemas la. Mak pun ok jugak, tudung segera yang agak besar, baru balik shopping kot..pakai baju kurung.. tiba-tiba pak cik jaga kat belakang keluar.
"Dik, tolong pakai tudung dik, hormat sikit ni masjid ye, terima kasih." Tu yang x best.. nasib baik mak ada belikan tudung baru untuk adik. Mak keluarkan tudung baru dari dalam plastik & terus bagi adik tu. Gua boleh nampak muka budak tu malu.. Lepas tu aku mula terfikir..

Pelancong yang datang ambil gambar dalam masjid tu pun kena pakai jubah & tudung yang pihak masjid dah provide'kan, ni kan pula orang Islam sendiri masuk masjid x tutup aurat. Apa cerita ?
Masjid tempat yang penting untuk orang Islam. Orang sekarang kata masjid tu tempat untuk sembahyang, tempat nikah. Itu silap bro..

Selain tempat untuk beribadah, masjid juga berperanan sebagai pusat persinggahan dan khidmat musafir ,pusat khidmat sosial, pusat interaksi ummah perhimpunan & penyatuan pusat penyelidikan dan perbincangan ilmiah, pusat persinggahan dan khidmat musafir, pusat kegiatan islam ,pusat perbincangan ekonomi, pusat pembangunan keluarga dan sosial dan juga sebagai institusi pendidikan.

Ok, berbalik kepada cerita adik & tudung tadi.
Kenapa pakcik jaga tu suruh adik tu pakai tudung dalam kawasan masjid?
Ni pendapat gua la kan..
Masjid tu tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam kawasan masjid, mesti patuhi segala adab-adab ketika berada di masjid.
Masuk dalam kawasan tempat orang cari pahala, tempat orang buat kebaikan, beramal kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah, jangan sekali-kali buat perkara yang Allah tidak suka di sana. Apa perkara yang Allah tidak suka ?
Itulah perbuatan yang boleh membawa kepada dosa.
Mendedahkan rambut tu kan salah satu perbuatan yang ditegah oleh Allah.
Kenapa kita buat perkara yang Allah tidak suka di tempat yang Allah turunkan rahmat, tempat orang mendekatkan diri kepada Allah, tempat para malaikat mencatat amalan-amalan baik mereka-mereka yang membuat kebaikan & ibadah kepada Allah.

Lantas aku tefikir.
Yang kita ni tinggal di bumi, dapat oksigen free, tapi x bersyukur pun.
Sombong.
Tugas kita sebagai hamba Allah kita tidak buat pun.
Tau hamba tu macamana ?
Hamba tu orang suruhan. Ada majikan.
Kalau kita ni hamba, siapa majikan kita ?
Tahu kan ?
Jadi sudah tau diri tu hamba, buat la cara hamba.
Jangan hamba lebih-lebih mengalahkan bos.
Jangan jadi hamba curi tulang.
Jangan jadi hamba yang ingkar perintah.

Kita berpijak di atas bumi kepunyaan Allah.
Milik Allah.
Ciptaan Allah.
Bukan milik kita.
Jadi kenapa buat ikut suka hati kita di atas tempat yang bukan milik kita ?

Syurga tu terlalu mahal nilainya.
Itulah gaji kepada hamba yang bekerja mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannNya.

Tapi Allah tahu, siapa hambanya yang betul-betul ikhlas bekerja dan melakukan perintahnya. Masakan kita dapat akan dapat gaji kalau bos kita tau yang kita ni curi tulang atau x buat kerja langsung. Kalau bos yang x tau, logik, itu manusia.
Tapi Allah tahu.

Allah tahu, siapa yang bersenang-lenang.
Allah tahu, siapa yang bersungguh-sungguh menunaikan perintahnya.
Allah tahu, siapa yang menyesali dosa-dosanya dan kemudian bertaubat.
Allah tahu segala-galanya.

Jadi, saya yang menulis, menujukan apa yang saya tulis ini kepada diri saya yang sangat-sangat lemah ini terlebih dahulu, dengan sangat rendah hati berkongsi dengan anda, para pembaca semua. Maaf kalau ada kesilapan, harap ditegur dan diberi tunjuk ajar. Semoga menjadi renungan bersama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...