Tuesday, November 5, 2013

Jom HIJRAH !

Bismillah, Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang dihormati sekalian.

InsyaAllah, sedikit perkongsian santai sempena awal tahun baru 1435 Hijrah.



Sebagai permulaan, suka untuk dikongsikan bahawa perjuangan Rasulullah SAW menegakkan Islam bukanlah atas usaha baginda seorang diri, namun baginda berjuang bersama para sahabat, keluarga serta seluruh umat Islam.

Da'wah yang baginda lakukan para peringkat permulaan adalah dengan orang yang paling dekat dengan baginda serta para sahabat. Selain itu, usaha dalam menyatupadukan masyarakat juga giat dilakukan, dengan mendirikan sebuah pusat tarbiyyah masyarakat, iaitu masjid. Daripada masjid, masyarakat dan umat ditarbiyyah dengan pelaksanaan ibadah, ilmu-ilmu agama serta menjadi pusat komuniti, tidak sekadar pusat ibadah semata-mata.

Melalui penyatuan masyarakat melalui kerangka itu, da'wah menegakkan syiar Islam diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi, iaitu dengan membangunkan pemerintahan di Madinah. Hal ini terbukti dengan termeterainya suatu perlembagaan yang tertua yang seterusnya menjadi rujukan kepada seluruh tokoh pemikir di dunia, iaitu Piagam Madinah. Oleh itu, adalah tidak asing sekiranya jihad untuk menegakkan syiar Islam dengan memiliki kuasa pemerintahan itu adalah suatu keperluan kepada survival dan salah satu bentuk kepada da'wah.

Selain itu, sebagai utusan Allah, baginda juga dapat menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum dan agama dengan hablillah, iaitu dengan pendekatan Islam. Dengan perpaduan ini, masyarakat dapat hidup dengan harmoni di bawah kepimpinan seorang Rasul yang mereka hormati.

Oleh yang demikian, ketika umat sedang berada dalam jahiliyyah dan keruntuhan sosial yang sangat tinggi, maka telah diutuskan seorang Rasul yang membawa rahmat kepada seluruh alam, kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan agama, dengan menyebarkan keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam yang suci.

Dengan Islam, masyarakat dapat disatupadukan walaupun mempunyai pelbagai jenis perbezaan latar belakang, dengan Islam akhlak dan moral individu dan masyarakat dapat diperbaiki dan diperkukuhkan. Tiada yang mustahil sekiranya sesuatu perkara itu dikembalikan kepada aturan Allah, iaitu syariat Islam sebagai jalan penyelesaiannya.

Maka kenapa perlu memilih selain daripada apa yang telah Allah syariatkan?

Ayuh, kita mulakan kalendar baharu hijrah ini dengan iltizam yang tinggi untuk menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allahu Ta'ala dengan sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepadaNya dan menunaikan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Tinggalkan tabiat buruk yang kita lakukan sebelum ini dan gantikannya dengan amal-amal soleh yang mampu mendekatkan diri kita kepada Allah. Jika sebelum ini kita suka menonton TV3, mungkin selepas ini sukakanlah diri untuk menonton TV Al-Hijrah.

 

Tidak cukup dengan itu, marilah kita sambung apa yang telah Rasulullah SAW, rasul junjungan yang teramat besar pengorbanannya dan para sahabat untuk kita, sehingga hari ke hari ini, dapat kita nikmati keindahan hidup dalam syariat Allah SWT, dengan sungguh-sungguh memperjuangkannya, demi kelangsungan kegemilangan Islam dan meletakkannya kembali di tingkat yang paling tinggi, insyaAllah.

Semoga Islam akan kembali menaungi dunia dan syariat Allah dapat ditegakkan, dan semuanya bermula dengan diri kita !

Jom !


Tuesday, November 6, 2012

KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013



KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013
DateHolidayApplicable to
1 Jan (Tue)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)Sultan of Kedah’s BirthdayKedah only
24 Jan (Thu)Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)Chinese New YearNational
11 Feb (Mon)Chinese New Year (2nd Day)National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)Sultan of Perak’s BirthdayPerak only
1 May (Wed)Labour DayNational
7 May (Tue)Hari Hol PahangPahang only
17 May (Fri)Raja Perlis’ BirthdayPerlis only
24 May (Fri)Vesak DayNational
30 May (Thu)Harvest FestivalSabah & Labuan only
31 May (Fri)Harvest FestivalSabah & Labuan only
1 Jun (Sat)Agong’s BirthdayNational
1 Jun (Sat)Hari GawaiSarawak only
2 Jun (Sun)Hari GawaiSarawak only
6 Jun (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)Georgetown World Heritage City DayPenang only
10 Jul (Wed)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)Penang Governor’s BirthdayPenang only
20 Jul (Sat)Sultan of Terengganu’s BirthdayTerengganu only
26 Jul (Fri)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)Hari Raya Puasa *National
9 Aug (Fri)Hari Raya Puasa *National
31 Aug (Sat)National DayNational
8 Sep (Sun)Sarawak Governor’s BirthdaySarawak only
16 Sep (Mon)Malaysia DayNational
5 Oct (Sat)Sabah Governor’s BirthdaySabah only
12 Oct (Sat)Malacca Governor’s BirthdayMalacca only
15 Oct (Tue)Hari Raya Haji *National
16 Oct (Wed)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)Sultan of Pahang’s BirthdayPahang only
3 Nov (Sun)DeepavaliNational except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)Awal Muharram (Maal Hijrah)National
11 Nov (Mon)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
12 Nov (Tue)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan only
22 Nov (Fri)Sultan of Johor’s BirthdayJohor only
10 Dec (Tue)Hari Hol Almarhum Sultan JohorJohor only
11 Dec (Wed)Sultan of Selangor’s BirthdaySelangor only
25 Dec (Wed)ChristmasNational
* Perkara Yang Bertanda Mungkin Berubah Mengikut Semasa

Tuesday, October 16, 2012

Kenapa perlu ambik lesen memandu ?

Bismillah..

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, sempat juga meluangkan sedikit masa untuk menghapdet Jom Return setelah sekian lama mendiamkan papan kekunci..hehe..

Ada seorang adik bertanya, kenapa mesti ambil lesen dulu baru boleh memandu ?

Apa jawapan yang paling best ?

Jom kita sama-sama ikuti huraiannya..hehehe... :)

Kenapa perlu ambik lesen?

Sebab, kita perlu tahu apa peraturan, undang-undang, hukuman dan sebagainya jika tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Ada akta keselamatan jalan raya, peraturan pun ada.

Untuk apa semua tu ?

Tidak lain dan tidak bukan, untuk keselamatan, menjaga dan mengelakkan kehilangan nyawa, harta benda dan sebagainya...

Betul atau tidak ???

Jadi, memang sangat terbukti, segala peraturan yang digubal itu adalah untuk kebaikan secara umumnya, bukannya menyusahkan dan tidak relevan. Jika ianya tidak relevan, mana mungkin keselamatan di jalan raya dapat dijamin dengan hanya mengharapkan setiap pengguna beringat-ingat sahaja, kerana akan berlaku pemandu yang ikut emosi, ikut kepala sendiri dan tidak ada adab dan akhlak dalam kalangan pemandu yang akan mengakibatkan banyak berlakunya kemalangan dan kematian !

Secara amnya, adakah layak untuk kita cuba mempertikaikan undang-undang yang ternyata memberi kebaikan kepada kita ?

Sedangkan kita sedia maklum, banyak kes kemalangan dan kematian di jalan raya berlaku kerana tidak mematuhi undang-undang jalanraya.

Betul atau tidak ???

Apa pula kaitannya dengan kenapa perlunya kita menurut garis panduan kehidupan yang telah ditetapkan oleh agama pula ??

Baik.

Secara umumnya, apa yang kita dapat tahu tentang agama, adanya pahala dan dosa, boleh dan tidak boleh, syurga dan neraka.

Betul atau tidak ??

Betul lah, agama menggariskan panduan kehidupan kepada sekalian manusia.
Apa yang boleh dibuat, apa yang perlu ditinggalkan, apa yang perlu diperbanyakkan, apa yang perlu dikurangkan dan dielakkan.

Jika kita lakukan apa yang diwajibkan/digalakkan/dianjurkan, maka kebaikan akan dibalas kepada kita, iaitu, balasan syurga dan begitulah sebaliknya.

Signifikan kepada hal ini ialah, agama merupakan peraturan dan satu sistem yang tidak jauh bezanya dengan konsep undang-undang jalan raya tadi. Adanya Al-Quran sebagai akta dan hitam putih, sebagai manual kehidupan, apakah hukuman yang setimpal dikenakan jika melanggar peraturan.

Memang sudah banyak berlaku dan lantas membuktikan, apabila tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, akan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Jika kita ambil contoh sistem di jalan raya tadi, kemalangan banyak berlaku kerana gagal mematuhi undang-undang.

Betul atau tidak ??

Kita sendiri lihat apa berlaku pada hari ini, kerana tidak mengikut apa yang agama telah tetapkan, makan perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Contoh :

Agama melarang untuk mendekati dan melakukan zina.
Apa yang berlaku : Sampah bukan lagi plastik dan kertas, tetapi BAYI !

Agama melarang untuk wanita mendedahkan aurat.
Apa yang berlaku : Kes rogol semakin meningkat.


Agama melarang untuk menabur fitnah dan berburuk sangka.
Apa yang berlaku : Perpecahan masyarakat kerana perkara yang tidak benar, yakni fitnah.

Agama menyediakan Al-Quran sebagai panduan daripada Allah sebagai manual hidup.
Apa yang berlaku : Hidup manusia kucar-kacir kerana mengikut ideologi ciptaan manusia.

Jadi, kenapa masih ragu-ragu untuk kembali kepada apa yang telah agama anjurkan, apa yang telah agama gariskan untuk dipatuhi, diikuti dan diaplikasi, kerana hanya Allah, pencipta manusia yang maha tahu apa yang baik untuk manusia.

Senang faham, hanya pencipta yang tahu perihal barang ciptaannya, apa baik dan buruknya.


Marilah kita kembali kepada ajaran Islam, patuhi dan hayati, kerana dengan Islamlah hidup manusia sejahtera setelah berpecah belah dulu..

* kembali kepada soalan tadi, kenapa perlu ambik lesen memandu, jawapannya ialah, kursus lesen memandu tu akan ajar kita peraturan dan undang-undang, so untuk tahu tentang peraturan agama, kena lah belajar dan cari ilmu tentangnya, itulah lesen kepada kita untuk 'memandu' hidup kita, dengan lesen pengetahuan..

Jom, return to Islam, the only solution, the way of life..
InsyaAllah..

Saturday, August 4, 2012

baby..baby..baby owwwwww....


Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.

KEMBALI PADA ALLAH... JOM !!

Ingin berkongsi lagu ini, nyanyian Opick, dari Indonesia.

Sebenarnya terdapat ayat Al-Quran dalam lirik lagu ni.

"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram" [Ar-Ra'd, 13:28]

Muhasabah diri kita apabila kita didatangi dengan perasaan seperti gelisah, kecewa, sedih dan sebagainya.

Apakah cara yang kita lakukan dalam menghadapi dan cuba menangani perasaan itu?

Mendengar lagu?
"baby..baby..baby owwwwww....."


Meluahkannya dengan kawan-kawan?
"der, aku sedih la sekarang, rupanya henpon yang aku beli dulu tu da turun harga sekarang!"


Post status terbaru dalam facebook?
" kenapakah begini malang nasibku pada hari ini..? cepat la like !"

Buat emo?
Ambil pisau potong bawang, kelar tangan, tulis nama atau watak kartun kegemaran..


Atau, 
beristighfar/bertasbih/bertahmid/bertakbir/wirid/baca Al-Quran/melakukan amal soleh??

Kenapa malu sangat untuk mengadu kepada Allah?
Kenapa malu sangat untuk mendekatkan diri kepada Allah?
Kenapa rasa janggal sangat jika nampak diri tu beragama?

Allahuakbar..

Hati kita hanya akan tenang apabila mengingati Allah..

Itu yang tertulis dalam kitab suci petunjuk dan hidayah daripada Allah..

Apakah itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik yang Allah sudah tunjukkan?

Kenapa masih memilih jalan penyelesaian yang bukan ditunjukkan daripada Allah ?

Sama-sama kita muhasabah diri kita, sesungguhnya Allah sangat suka kepada hambaNya yang berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Boleh tonton video lagu ni dalam Youtube, ni ada liriknya.

VIDEO














Hasbunallah wanikmal wakil
Nikmal maulana waanikman nashir

Bila hati gelisah
Tak tenang, tak tentram
Bila hatimu goyah
Gelisah, merana

Jauhkah diri ini dar Tuhan, dari Allah
Hilangkah dalam hati dzikirku, imanku

Hanya dengan Allah
Hatimu akan menjadi tenang
Dengan mengingat Allah
Hilangkah semua kegelisahan
Cukuplah hanya Allah
Hati bergantung, berserah diri

Monday, July 2, 2012

Ibrah dari Sirah - Islam dan Perpaduan



Perpaduan merupakan satu nikmat terbesar dikurniakan oleh ALLAH untuk umat Islam. Ia di asaskan di atas kesatuan aqidah, ibadah, akhlaq, matlamat dan cara hidup. Kesatuan dan perpaduan yang dibina di atas asas-asas ini melangkau sempadan bangsa dan keturunan, malah sempadan geografi. Segala perbezaan bahasa dan pertuturan serta warna kulit tenggelam dan cair dalam perpaduan yang bersifat global ini. Di sinilah sumber kekuatan Islam dan umatnya.
Nikmat perpaduan ini telah diperingatkan oleh ALLAH menerusi firmanNya yang bermaksud:
 "dan ingatlah nikmat ALLAH yang dilimpahkan ke atas kamu ketika mana kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu ALLAH menjinakkan hati-hati sesama kamu, justeru dengan nikmatNya itu kamu menjadi insan-insan yang bersaudara"
Suku Aus dan Khazraj yang merupakan masyarakat peribumi Madinah bertelingkah dan berperang antara satu sama lain semenjak ratusan tahun. Masing-masing berusaha untuk menguasai tempat-tempat yang subur. Peperangan malah berlaku disebabkan oleh perkara yang amat kecil. Syiar hidup perkauman mereka ialah "bantulah saudara kamu samada ia menzalimi atau di zalimi"

Pertelingkahan peribadi antara dua orang yang berlainan suku akan menjadi isu perkauman yang perlu ditangani oleh semua anggota suku sebagai lambang kesatuan kaum. Tetapi kedatangan Islam menyahkan semua pertelingkahan ini, malah baginda menyatukan antara dua suku di atas semangat persaudaraan Islam yang melepasi ras dan suku keturunan lalu diberi nama yang satu sebagai lambang penggabungan mereka iaitu Ansar. Sejarah tidak pernah mancatatkan berlaku lagi peperangan di kalangan mereka setelah itu. Semuanya adalah kerana Islam. Seterusnya baginda mempersaudarakan antara golongan muhajirin yang baru tiba ke Madinah dan meninggalkan tanah air mereka iaitu Mekah dengan golongan Ansar. Inilah langkah bijak yang dilakukan oleh baginda sebaik tiba di Madinah sebagai langkah membentuk perpaduan yang memberikan kestabilan politik dan sosial bagi sebuah negara baru yang baru ditegakkan.



Kesatuan dalam Islam dibina di atas agama. Agama berjaya menyatukan matlamat hidup manusia yang seterusnya membawa kepada kesatuan tempat rujuk . Ekoran dari itu lahirlah kesatuan cara berfikir dan bertindak. Justeru itu al Quran bukan sahaja menjelaskan kepentingan bersatu malah juga menjelaskan asas kesatuan. 
Firman ALLAH Taala yang bermaksud:
"berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah" ('Ali Imran: 103) 
Ayat ini menggesa manusia agar bersatu dan jangan berpecah belah. Dalam masa yang sama ia juga menjelaskan bahawa asas kesatuan ialah tali ALLAH iaitu al Quran. Apabila manusia berpegang dengan tali ALLAH mereka pasti bersatu dan berpadu. Apa yang menarik ayat 102 aali Imran sebelum itu mengajak manusia agar bertaqwa kepada ALLAH dan memastikan diri agar mati sebagai seorang muslim. 
Firman ALLAH bermaksud: 

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang Islam('Ali Imran 102). 
Justeru ia mengisyaratkan bahawa perpaduan adalah syarat keimanan dan perpaduan mesti dibina di atas iman dan islam.

Persoalan yang timbul ialah bagaimana mereka disatukan? Menjawab soalan ini menuntut kita melihat kepada beberapa perkara di antaranya tempat rujuk dan matlamat hidup.Perbezaan pendapat di kalangan manusia tidak dapat dielakkan. Itulah lambang keistimewaan akal yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia. Perbezaan pendapat inilah yang melahirkan kehidupan. Tetapi perbezaan pendapat mesti selari dengan asas yang telah ditetapkan oleh perlembagaan hidup yang menjadi rujukan mereka iaitu al Quran dan Hadis Rasulullah. Sebarang idea yang bercanggah dan tidak selari dengan kehendak al Quran dan Hadis mesti ditolak dan dikesampingkan. Percanggahan idea mesti dirujuk kepada sumber yang satu untuk mencari jalan penyelesaian. 
Justeru itu al Quran menegaskan:

dan sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada ALLAH dan Rasulnya sekiranya kamu beriman dengan ALLAH. ( an Nisa': 59) 
Ayat ini secara jelas mengaitkan sikap merujuk ini sebagai syarat iman.

Setiap muslim meletakkan matlamat kehidupannya hanyalah satu iaitu mencari keredhaan ALLAH. Mereka mengharapkan syurga ALLAH dan takutkan nerakaNya. Apabila matlamat mereka adalah satu senanglah untuk mereka berpakat untuk mencari kesatuan cara dan tindakan kerana mempunyai satu titik pertemuan. Sebarang tindak-tanduk seharian mestilah mengarah kepada matlamat mencari keredhaan ALLAH. Justeru sebarang tindakan yang bertentangan dengan matlamat yang telah digariskan ini mestilah diketepikan dan di tolak.


Selepas peperangan Hunain berlaku satu peristiwa yang boleh menggugat kesatuan umat Islam ketika itu. Umat Islam mendapat harta rampasan perang yang amat banyak di dalam peperangan Hunain. Tetapi baginda mengarahkan agar harta tersebut dibahagikan kepada tentera di kalangan orang Mekah yang baru sahaja memeluk Islam selepas pembukaan Kota Mekah. Ini menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan sebahagian tentera Islam yang datang bersama Rasulullah dari Madinah dan telah lama memeluk Islam. Mereka merasakan bahawa mereka lebih berhak untuk menerima harta rampasan tersebut lantaran mereka telah lama bersama Rasulullah sedangkan orang-orang Mekah baru saja memeluk Islam. 
Apabila melihat kekecohan berlaku baginda telah menghimpunkan mereka dan memberikan satu ucapan :
 Wahai sekelian golongan Muhajirin dan Ansar! Bukankah aku dulu bertemu kamu dalam keadaan kamu masih lagi sesat? Justeru ALLAH telah memberi hidayah kepada kamu menerusiku? Dan bukankah kamu dulu aku ketemui dalam keadaan berpecah belah? Justeru ALLAH telah melunakkan hati sesama kamu menerusiku?

Kenyataan Rasulullah ini bertujuan untuk mengingatkan mereka bahawa nikmat Islam dan juga perpaduan yang telah mereka nikmati sedemikian lama sebelum pembukaan Kota Mekah yang hanya berlaku pada tahun ke8 Hijrah merupakan sesuatu yang lebih bernilai daripada harta rampasan perang yang ingin diberikan oleh Rasulullah kepada tentera yang baru saja menganut Islam.

Di dalam satu peristiwa yang berlaku di Madinah terdapat di kalangan Munafiqin yang cuba untuk membangkitkan semangat kesukuan di kalangan mereka. Mereka cuba untuk menimbulkan perasan marah Aus dan Khazraj dengan membangkitkan cerita tentang pahlawan-pahlawan yang telah mati ditangan pahlawan-pahlawan dari kabilah yang lain di dalam peperangan yang telah berlaku sebelum mereka memeluk Islam. Mereka hampir sahaja berjaya apabila ada di kalangan Ansar yang sudah terpengaruh. 
Tetapi baginda segera membendungnya dengan mengumpulkan mereka dan memberikan ucapan : 
"adakah semangat jahiliyah ingin kamu bangkitkan? Bukankah dulu kamu sesat lalu ALLAH memberikan hidayah? Bukankah dulu kamu berpecah belah lalu ALLAH menjinakkan hati-hati kamu?" 
Menginsafi kata-kata Rasulullah itu mereka lalu berpeluk-pelukan sambil menitiskan air mata.

Kejayaan Islam menyatupadukan manusia dan mengikat hati-hati mereka terletak pada kesatuan matlamat dalam kehidupan yang telah diikat menjadi aqidah setiap muslim walaupun apa bangsanya sekalipun. Manusia tidak mungkin dapat disatukan selagi matlamat kehidupan mereka berbeza. Matlamat kehidupan ini pasti menjadi jurupandu setiap insan untuk melakukan sebarang bentuk tindakan dan membuat sebarang keputusan.


Perpecahan pasti timbul di kalangan manusia apabila mereka mempunyai matlamat kehidupan yang berbeza. Adakah seseorang yang bermatlamatkan hidup hanya sekadar mencari keseronokan dapat berada di bawah satu payung dengan mereka yang hidup untuk mencari keredhaan ilahi? Lambat laun pertembungan pasti berlaku. Iaitu pertembungan antara kebenaran dan kebatilan. Pertembungan antara mereka yang menegakkan perintah ilahi dengan mereka yang menegakkan keinginan diri dan hawa nafsu. Mereka yang bermatlamatkan keredhaan Tuhan pasti akan cuba dan berusaha menurut perintah Tuhannya walaupun jiwa dan raga menjadi taruhan. Mereka yang bertuhankan nafsu pula pasti akan terus berjuang untuk memastikan kehidupan bernafsunya itu tidak berhalangan. Di sinilah pertembungan pasti berlaku. Kesatuan dan perpaduan akan dapat dicapai sekiranya mereka kembali ke pangkal jalan. Tidak mungkin kesatuan dapat dibina dengan mengorbankan nilai-nilai agama dan membiarkan kejahatan berleluasa dan terus berlaku. Justeru itu dapat kita nyatakan bahawa perpecahan adalah sesuatu yang pasti berlaku di kalangan manusia apabila wujudnya perbezaan matlamat dan kepentingan.

Ayat al Quran telah menegaskan bahawa manusia asalnya adalah umat yang satu. 
Firman ALLAH yang bermaksud : 

"manusia dulunya adalah umat yang satu. Lalu ALLAH mengutuskan para Nabi untuk menyampaikan berita gembira( tentang syurga) dan memberi amaran ( tentang neraka)" (al Baqarah: 213) 
Para ulama Tafsir di antaranya Ibnu Abbas, Imam at Thobari dan Imam al Qurtubi menjelaskan bahawa manusia asalnya umat yang satu kerana mereka beriman dengan ALLAH yang Esa. Kesatuan ini wujud selama 10 kurun setelah kewafatan Nabi Adam. Tetapi kemudian mereka sedikit demi sedikit mula meninggalkan agama ALLAH dengan menyembah patung berhala. Di sinilah titik permulaan perpecahan manusia. Golongan yang telah mensyirikkan ALLAH telah mewujudkan perpecahan di kalangan umat manusia kerana ketika itu manusia terbahagi dua. Satu golongan menyembah ALLAH dan satu lagi menyembah patung berhala. Justeru itu ALLAH mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk kembali menyatukan mereka di atas nama aqidah yang benar.

Baginda pernah membacakan sepotong ayat kepada para sahabat yang bermaksud: 

" Dan sesungguhnya inilah dia jalanKu yang lurus maka ikutilah ia dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan yang lain nescaya kamu berpecah dari jalanNya. Demikianlah yang diwasiatkan kepada kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa"(Al An`aam 153).
 Rasulullah kemudiannya mengambil ranting kayu dan membuat satu garisan yang lurus di atas tanah lalu bersabda: 
"Inilah dia jalan ALLAH yang lurus". 
Kemudian baginda melakarkan dua tiga lagi garisan di kiri kanan garisan pertama yang lurus tadi sambil bersabda : 
"dan inilah dia jalan-jalan syaitan yang banyak". 
Maksud baginda jalan-jalan yang banyak di kiri kanan yang lurus itu akan membawa kepada perpecahan. Sebaliknya sekiranya mereka terus mengikuti jalan yang satu iaitu jalan Islam mereka pasti bersatu padu di atas nama Islam.
Oleh kerana itulah rakan-rakan pembaca sekalian, solusi yang terbaik untuk dijadikan sebagai asas perpaduan ialah melalui medium pendekatan agama, iaitu Islam.
Sirah mengajar kita bagaimana masyarakat berbilang bangsa dan agama yang berpecah-belah pada zaman Rasulullah dulu berjaya disatukan atas dasar kesefahaman yang diselaraskan dengan garis panduan agama Islam. Begitulah yang telah berlaku, apabila Rasulullah diututskan oleh Allah SWT untuk membawa rahmat ke sekian pelusuk alam dengan membawa ajaran Islam, ianya berjaya menyelesaikan permasalahan ummat, tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan, faktor geografi dan sebagainya, hanya dengan menggunakan pendekatan yang bersandarkan agama Islam.

Marilah kita sama-sama kembali kepada fitrah, iaitu mengembalikan semua urusan dan permasalahan kita mengikut landasan yang telah digariskan oleh agama, kerana ajaran Al-Quran itu tidak tertakluk pada zaman para anbiya sahaja, tetapi ianya berkekalan hingga ke akhir zaman, ajaran Al-Quran itu tidak tertumpu kepada bangsa arab dan timur tengah saja, tetapi sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap pelusuk dunia.


Sangat merisaukan kita pada hari ini, sesetengah pihak seolah-olah tidak percaya lagi akan garis panduan hidup yang dianjurkan oleh agama seperti yang telah tertulis dalam Al-Quran dan juga sunnah Rasulullah, sedangkan perkara itu (ajaran Al-Quran) itu tetap kekal hingga ke akhir zaman.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat menjelaskan serba sedikit tentang pengajaran yang berlaku daripada beberapa peristiwa pada zaman Rasulullah untuk memperlihatkan dan membuktikan bahawa jalan penyelesaian serta pengurusan yang dilakukan berdasarkan Islam adalah yang terbaik.

Sumber : Darul Fuqaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...