Friday, July 15, 2011

Muslim-Mu'min-Muttaqin

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Apa khabar semua sahabat-sahabat para pembaca yang budiman sekalian ?
Harapnya sihat dan sejahtera dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT..

Hari ni kita nak berkongsi, kalau sahabat-sahabat yang lain ada pendapat masing-masing yang lebih baik, harap dapat dikongsikan bersama dan tolong perbetulkan apa yang silap dalam setiap post yang dikongsi di sini..


Ingat lagi soalan dalam filem Nujum Pak Belalang.

1) Banyak-baaaaaanyak....
2) Sikit-sikiiiitt....
3) Jarang-jaraaaaaangg....
4) Kadang-kadaaaaang...

Ala..memang kamu semua sudah tahu kan apa jawapannya..

Lelaki yang kawin dengan seorang isteri, sangat ramai.
Lelaki yang kawin dengan 2 orang isteri x la ramai.
Lelaki yang kawin dengan 3 orang isteri lagi la x ramai.
Lelaki yang kawin dengan 4 orang isteri x ramai langsung.

Minta maaf kepada tuan punya idea yang mencetuskan idea soalan ni, kita mahu modified sikit konsep jawapan soalan tu.

1) Muslim (Beragama Islam) - Banyak- baaaanyaaakkk.....
2) Mu'min ( Beriman ) - Sikit-Siiiikiiiit ....
3) Muttaqin ( Bertaqwa ) - Jarang-jaaaraaaaanggg...

Ok. Mungkin ada yang belum faham lagi kan.

Jom kita perincikan satu-persatu.

Ramai orang yang bergelar Muslim.

Maksudnya, jumlah orang Islam pada hari ini sangat ramai bilangannya.
Kalau kita rajin, cuba periksa kad pengenalan rakyat Malaysia yang ada sekarang.
Orang yang tertulis perkataan ISLAM pada kad penganalan mereka sangat ramai.
Kerana title Islam itu bersifat lahiriah. Kalau kita periksa betul-betul kad pengenalan rakyat Malaysia yang beragama Islam sekarang, memang kita x boleh terima.
" Eh, Islam rupanya ngko ni. Rambut perang, pakai skirt pendek, baju sendat".
Orang tadi tetap Islam. Islam dari segi warisan, ( ayah & ibunya Islam ). Yang paling nampak sekali, dalam kad pengenalan diri dia. ISLAM.
Jadi, betul atau tidak orang yang beragama Islam pada hakikatnya memang ramai jumlahnya. Tapi, tidak semua orang Islam itu beriman dan bertaqwa. Ada orang Islam yang cukup lengkap. Islam dari segi lahiriah dan rohaniah. Rohaniah itu dirangkumi oleh iman dan taqwa. Tanpa iman dan taqwa, seseorang Islam itu hanya Islam atas nama Islam, tetapi tidak pada dalamannya.


Ramai yang bergelar Muslim, tapi tidak semua yang bergelar Muslim itu beriman.

Ya, memang tidak dinafikan, jumlah orang Islam di seluruh dunia sangat ramai bilangannya.
Namun tidak semuanya beriman kepada Allah.
Beza antara Muslim dan Mu'min itu sangatlah jauh.
Islam itu lebih bersifat lahiriah, manakala Iman itu lebih menjurus kepada perkara-perkara rohaniah. Tapi keutamaan yang perlu dilaksanakan ialah pada perkara-perkara rohaniah, kerana itulah yang akan kita bawa untuk bertemu Allah di akhirat nanti. Itulah perkara yang akan dinilai nanti. Itulah perkara yang menjadi penentu dan pemberat timbangan amalan kita.
Tapi, kedua-duanya ( Islam & Iman ) itu perlu bergerak seiring.
Maksudnya, kalau rohani seseorang itu terisi dengan perkara-perkara yang baik, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, maka zahirnya juga perlu menggambarkan atau mengekspressikan nilai pada aspek dalamannya. Tidak logik jika ada tanggapan bahawa, walaupun lahiriah saya begini ( tidak menutup aurat contohnya ), tapi hati saya baik, saya tidak suka menunjuk. Kalau betul hati kita baik, rohaniah kita terisi dengan perkara-perkara yang sentiasa dekat kepada Allah, kenapa tidak segala kebaikan itu kita zahirkan juga pada luaran kita ?
Bukankah imej luaran itu juga termasuk dalam perkara yang termaktub dalam syariat Allah?

Muttaqin pula bagaimana ?

Muttaqin, iaitu orang-orang yang bertqwa.
Inilah ciri manusia yang terbaik di kalangan kita, iaitu orang yang bertqwa.
Orang yang bertqwa adalah sebaik-baik ciri dan sifat sebagai seorang Muslim yang beriman.
Orang yang bertaqwa, baik dari aspek lahiriahnya. Segala perkara dilakukan berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Pakaian yang dipakai olehnya bertepatan dengan syariat yang Allah tetapkan. Dalam pergaulannya tidak melanggar syariat Allah. Percakapannya baik, imejnya baik, peribadinya indah, perilakunya terpuji.
Orang yang beriman, baik dari aspek rohaninya. Amalan-amalan serta ibadahnya kepada Allah tidak ditinggalkan. Selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak mengingatiNya dalam setiap aspek kehidupan. Semua rutin harian yang dilakukannya adalah ibadah baginya. Semua perkara yang dilakukannya adalah untuk mendapat kerdhaan Allah. Segala urusan hariannya dilakukan dengan niat untuk beribadah kepada Allah. Kembalinya segala keputusan dan penyelesaian bagi segala masalahnya hanyalah kepada Allah, melalui syariat dan apa yang agama telah gariskan.
Pendek kata, semua yang dilakukannya adalah berlandaskan syariat Allah serta sunnah Rasulullah.

Orang yang bertqwa memiliki kedua-duanya.
Baik dari segi lahiriah.
Baik juga dari segi rohaniah.
Segalanya terpelihara.

Firman Allah dalam surah At-Tahrim, surah ke-66, ayat ke-6 :



Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Dalam surah Al-Baqarah, surah ke-2, ayat yang ke-208, Allah berfirman.



Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan itulah yang membawa maksud, dalam setiap aktiviti seharian kita hendaklah berlandaskan syariat Islam.

Bermula dari sekarang, saya sendiri sebagai yang menulis mengingatkan diri saya sendiri untuk menilai, di manakah tahap diri kita sekarang.
Adakah aku hanyalah tidak lebih sekadar seorang Muslim ?
Adakah aku seorang Muslim yang beriman ?
Adakah aku seorang Muslim yang bertqwa ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri....

1 comment:

  1. tudia.. pgganti "40 tahun dahulu, saya dilahirkan dengan nama Alexander Lajip, di Ranau, Sabah."

    makin tajam taji skrang nih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...