Monday, November 7, 2011

Sambut Eidul Adha dengan pencerahan

Bismillhairrahmanirrahim..

Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh..

Macamana dengan sambutan Eidul Adha pada tahun ni ?

Best ?

X balik kampung ?

Sedih ?

Biasa la tu..

Ok lah..

RETURN kali ini sekali lagi ingin berkongsi pencerahan dengan sahabat-sahabat semua, bersempena dengan Eidul Adha yang penuh keberkatan ini.

Berbeza dengan RETURN yang sebelum ini, warkah pada kali ini direka khas dalam bentuk template seperti buku, tidak seperti yang sebelumnya.

*****

Di Barat, cara penyembelihan menurut cara Islam adalah menyiksa binatang. Namun begitu, pada hakikatnya cara penyembelihan Islam adalah yang terbaik, untuk haiwan itu sendiri, daging haiwan tersebut serta memberi kebaikan kepada manusia juga. RETURN pada kali ini membawa satu fakta Sains yang sudah lama diterokai, namun ianya tidak sia-sia untuk dikongsikan, kerana dengannya boleh menjadikan kita merasa beruntung dan bersyukur, kita adalah seorang Muslim.. Alhamdulillah..





Selain itu, RETURN juga suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua beberapa hikmah di sebalik Ibadah Qurban yang dikerjakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu berlaku dengan sebaik-baik hikmah untuk dijadikan panduan dan landasan. Tiada yang sia-sia dalam segala kejadian yang telah Allah tentukan untuk kita dan seluruh makhluk ciptaannya.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada apa yang dikongsikan..harap diberikan teguran dan pembetulan dari apa yang telah dikeluarkan, semoga sebarang kesilapan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang..

Wednesday, November 2, 2011

TAK KENAL, MAKA TAK BENCI !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..

Apa khabar ?

Sihat walafiat hendaknya ya..

Alhamdulillah, dengan izin Allah, RETURN keluaran bulan November berjaya juga disiapkan untuk anda semua..

Topik yang cuba diketengahkan pada kali ini ialah berkenaan dengan musuh utama kita yang tidak kelihatan, tetapi kesannya terhadap kita sangatlah bahaya. Dengan menyingkap beberapa aktiviti yang telah berjaya dianjurkan oleh iblis laknatullah kepada para wanita amnya pada hari ini serta serba sedikit biodata mengenai iblis laknatullah.

Kenapa perlunya kita berbicara soal iblis ini, kerana dia adalah punca serta antara faktor hilangnya TAQWA dalam diri kita. Dengan hasutan, godaan serta peranannya dalam menyesatkan umat manusia yang mempunyai tahap iman yang sangat lemah, dia berjaya untuk mengajak manusia membuat dosa serta menyemarakkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita, tatkala kita lalai serta terlupa untuk mengingati Allah walaupun sesaat, maka dengan itu, terbukalah peluang untuk iblis masuk ke dalam diri kita saat keterlupaan kita kepada Allah..

Dengan sedikit informasi dan kata-kata muhasabah kepada diri sendiri, insya'Allah RETURN pada kali ini dapatlah kiranya memberikan manfaat kepada kita semua..




Sunday, October 16, 2011

Risalah terbaru dan beberapa risalah keluaran yang lepas



Ini ialah risalah berkenaan dengan hiburan, mengikut pandangan para ulama'.
Risalah ini telah diedarkan kepada para siswa bertepatan dengan satu isu di dalam kampus yang mengatakan bahawa program yang berbentuk hiburan tidak digemari oleh beberapa pihak.

Kita tidak boleh untuk membuat sesuatu kenyataan atau mencemuh dan mengutuk pihak-pihak yang mengatakan bahawa hiburan itu haram atau pihak yang pro-hiburan sesuka hati, sebelum memberikan kefahaman kepada mereka tentang hiburan.
Wajarkah kita menghukum kesalahan seseorang dengan memukulnya tanpa memberitahu kenapa perkara itu tidak boleh dilakukan. Adakah dengan menghukum tanpa memberi sebarang kefahaman dan penerangan itu tidak memberi apa-apa kesan, melainkan mencambahkan rasa benci dan hukuman tersebut boleh dita'rifkan sebagai satu bentuk penyeksaan dan kekejaman.

Sebaiknya kita berikan kefahaman dulu sebelum melakukan sesuatu tanggapan atau hukuman.



Risalah ini telah diedarkan di salah sebuah masjid pekan, berkenaan dengan kepentingan menghargai san mensyukuri ni'mat kemerdekaan di samping memberikan sedikit informasi tentang asal-usul berkenaan dengan pereka bendera Malaysia.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan.. Apa cerita ?


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua.

Amacam puasa hari ni ?

Ok x ?

Insya'Allah ok kan..

Ni nak berkongsi nota sempena Ramadhan. Sambil berpuasa tu, boleh la baca-baca sikit..



Friday, July 15, 2011

Muslim-Mu'min-Muttaqin

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Apa khabar semua sahabat-sahabat para pembaca yang budiman sekalian ?
Harapnya sihat dan sejahtera dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT..

Hari ni kita nak berkongsi, kalau sahabat-sahabat yang lain ada pendapat masing-masing yang lebih baik, harap dapat dikongsikan bersama dan tolong perbetulkan apa yang silap dalam setiap post yang dikongsi di sini..


Ingat lagi soalan dalam filem Nujum Pak Belalang.

1) Banyak-baaaaaanyak....
2) Sikit-sikiiiitt....
3) Jarang-jaraaaaaangg....
4) Kadang-kadaaaaang...

Ala..memang kamu semua sudah tahu kan apa jawapannya..

Lelaki yang kawin dengan seorang isteri, sangat ramai.
Lelaki yang kawin dengan 2 orang isteri x la ramai.
Lelaki yang kawin dengan 3 orang isteri lagi la x ramai.
Lelaki yang kawin dengan 4 orang isteri x ramai langsung.

Minta maaf kepada tuan punya idea yang mencetuskan idea soalan ni, kita mahu modified sikit konsep jawapan soalan tu.

1) Muslim (Beragama Islam) - Banyak- baaaanyaaakkk.....
2) Mu'min ( Beriman ) - Sikit-Siiiikiiiit ....
3) Muttaqin ( Bertaqwa ) - Jarang-jaaaraaaaanggg...

Ok. Mungkin ada yang belum faham lagi kan.

Jom kita perincikan satu-persatu.

Ramai orang yang bergelar Muslim.

Maksudnya, jumlah orang Islam pada hari ini sangat ramai bilangannya.
Kalau kita rajin, cuba periksa kad pengenalan rakyat Malaysia yang ada sekarang.
Orang yang tertulis perkataan ISLAM pada kad penganalan mereka sangat ramai.
Kerana title Islam itu bersifat lahiriah. Kalau kita periksa betul-betul kad pengenalan rakyat Malaysia yang beragama Islam sekarang, memang kita x boleh terima.
" Eh, Islam rupanya ngko ni. Rambut perang, pakai skirt pendek, baju sendat".
Orang tadi tetap Islam. Islam dari segi warisan, ( ayah & ibunya Islam ). Yang paling nampak sekali, dalam kad pengenalan diri dia. ISLAM.
Jadi, betul atau tidak orang yang beragama Islam pada hakikatnya memang ramai jumlahnya. Tapi, tidak semua orang Islam itu beriman dan bertaqwa. Ada orang Islam yang cukup lengkap. Islam dari segi lahiriah dan rohaniah. Rohaniah itu dirangkumi oleh iman dan taqwa. Tanpa iman dan taqwa, seseorang Islam itu hanya Islam atas nama Islam, tetapi tidak pada dalamannya.


Ramai yang bergelar Muslim, tapi tidak semua yang bergelar Muslim itu beriman.

Ya, memang tidak dinafikan, jumlah orang Islam di seluruh dunia sangat ramai bilangannya.
Namun tidak semuanya beriman kepada Allah.
Beza antara Muslim dan Mu'min itu sangatlah jauh.
Islam itu lebih bersifat lahiriah, manakala Iman itu lebih menjurus kepada perkara-perkara rohaniah. Tapi keutamaan yang perlu dilaksanakan ialah pada perkara-perkara rohaniah, kerana itulah yang akan kita bawa untuk bertemu Allah di akhirat nanti. Itulah perkara yang akan dinilai nanti. Itulah perkara yang menjadi penentu dan pemberat timbangan amalan kita.
Tapi, kedua-duanya ( Islam & Iman ) itu perlu bergerak seiring.
Maksudnya, kalau rohani seseorang itu terisi dengan perkara-perkara yang baik, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, maka zahirnya juga perlu menggambarkan atau mengekspressikan nilai pada aspek dalamannya. Tidak logik jika ada tanggapan bahawa, walaupun lahiriah saya begini ( tidak menutup aurat contohnya ), tapi hati saya baik, saya tidak suka menunjuk. Kalau betul hati kita baik, rohaniah kita terisi dengan perkara-perkara yang sentiasa dekat kepada Allah, kenapa tidak segala kebaikan itu kita zahirkan juga pada luaran kita ?
Bukankah imej luaran itu juga termasuk dalam perkara yang termaktub dalam syariat Allah?

Muttaqin pula bagaimana ?

Muttaqin, iaitu orang-orang yang bertqwa.
Inilah ciri manusia yang terbaik di kalangan kita, iaitu orang yang bertqwa.
Orang yang bertqwa adalah sebaik-baik ciri dan sifat sebagai seorang Muslim yang beriman.
Orang yang bertaqwa, baik dari aspek lahiriahnya. Segala perkara dilakukan berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Pakaian yang dipakai olehnya bertepatan dengan syariat yang Allah tetapkan. Dalam pergaulannya tidak melanggar syariat Allah. Percakapannya baik, imejnya baik, peribadinya indah, perilakunya terpuji.
Orang yang beriman, baik dari aspek rohaninya. Amalan-amalan serta ibadahnya kepada Allah tidak ditinggalkan. Selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak mengingatiNya dalam setiap aspek kehidupan. Semua rutin harian yang dilakukannya adalah ibadah baginya. Semua perkara yang dilakukannya adalah untuk mendapat kerdhaan Allah. Segala urusan hariannya dilakukan dengan niat untuk beribadah kepada Allah. Kembalinya segala keputusan dan penyelesaian bagi segala masalahnya hanyalah kepada Allah, melalui syariat dan apa yang agama telah gariskan.
Pendek kata, semua yang dilakukannya adalah berlandaskan syariat Allah serta sunnah Rasulullah.

Orang yang bertqwa memiliki kedua-duanya.
Baik dari segi lahiriah.
Baik juga dari segi rohaniah.
Segalanya terpelihara.

Firman Allah dalam surah At-Tahrim, surah ke-66, ayat ke-6 :



Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Dalam surah Al-Baqarah, surah ke-2, ayat yang ke-208, Allah berfirman.



Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan itulah yang membawa maksud, dalam setiap aktiviti seharian kita hendaklah berlandaskan syariat Islam.

Bermula dari sekarang, saya sendiri sebagai yang menulis mengingatkan diri saya sendiri untuk menilai, di manakah tahap diri kita sekarang.
Adakah aku hanyalah tidak lebih sekadar seorang Muslim ?
Adakah aku seorang Muslim yang beriman ?
Adakah aku seorang Muslim yang bertqwa ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri....

Thursday, June 2, 2011

Tempatku berpijak..

Bismillahirrahmanirrahim..

Andaikan dan bayangkan..

Kita adalah seorang pegawai pembersihan/pembantu rumah/bibik.
Kita bekerja di bawah naungan tuan rumah/ bos kita.
Kita bekerja dengan dibayar gaji pada setiap bulan.
Kita bekerja dengan menepati dan mematuhi segala peraturan dan syarat yang ditetapkan.
Kita ditegah itu dan ini atas sebab yang tertentu, untuk kebaikan kita dan majikan.
Kita patuhi peraturan itu. Nanti gaji tidak berkat.
Kita diberi tempat tinggal/penginapan.
Kita disuruh untuk menjaga kebersihan serta segala kelengkapan yang ada mesti dijaga.
Kita disuruh supaya menjaga tatatertib semasa tinggal di tempat tinggal/penginapan itu.
Kita ingin gaji yang halal dan berkat, semua yang baik kita patuhi.
Kita berterima kasih kepada majikan yang sangat baik kepada kita.

Majikan yang menjanjikan gaji yang lumayan.
Majikan yang memberikan tempat tinggal/penginapan yang selesa.
Majikan yang sangat prihatin dengan kita.
Majikan yang menegur kesalahan kita supaya ianya tidak berulang lagi.
Majikan yang tidak kedekut untuk memberikan bonus kepada kita.

Adakah kita seorang pekerja yang baik ?

Oh, mungkin ada dari kita yang belum bekerja.

Tapi, walaupun belum mempunyai pekerjaan, kita sudah diberikan pekerjaan.
Kita sudah diberikan amanah.
Kita sudah diberikan tugas.

Allah subhanahu wata'ala, tuhan yang menciptakan manusia telah berfirman dalam surah Az-Zariyat, surah ke 51, ayat ke-56 :



Maksudnya ;
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Allah subhanahu wata'ala menciptakan jin dan juga kita, manusia hanyalah untuk menyembah Allah serta beribadah kepadaNya.

Selain itu, Allah subhanahu wata'ala juga berfirman dalam surah Al-Baqarah, surah kedua, ayat 21 :



Maksudnya;
Wahai sekalian manusia beribadahlah hanya kepada Allah yang telah menciptakan kalian dan orang orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa.

Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah ?

Dari segi bahasa:
Ibadah bermaksud merendah diri, tunduk, patuh dan taat, menghina diri dan
memperhambakan diri kepada orang lain.

Dari segi istilah syarak:
Ibadah bermaksud taat,patuh dan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah subhanahu wata'ala mengikut peraturan dan suruhanNya sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Semua aktiviti harian kita itu adalah ibadah, jika ianya kita lakukan hanyalah semata-mata untuk mendapat redha dari Allah subhanahu wata'ala, mengikut ketetapan syariat Islam.

Adakah bermain bola sepak itu boleh dianggap sebagai ibadah ?

Ya, jika kita bermain mengikut peraturan yang telah ditetapkan agama.
Mulakan dengan niat yang baik untuk bermain.

" Aku mahu bersukan petang ni, supaya badan sihat, mudah untuk terus melakukan ibadah kepada Allah kalau badan sihat. Mengukuhkan ukhuwwah bersama kawan-kawan".

Dalam bermain pula, syariat agama tidak diketepikan.

Pakaian yang menutup aurat, tidak memakai seluar pendek dan memakai baju yang sesuai.
Bermain, dan berhenti lebih awal sebelum masuk waktu solat, supaya boleh bersedia untuk menunaikan solat.

Menjaga etika ketika bermain, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, berlaku kasar kepada orang lain, bersabar serta bijak mengawal emosi.

Berpakaian juga boleh menjadi ibadah kalau kena dengan caranya.

"Gua pakai seluar panjang bukannya ketinggalan zaman bro, ini namanya tutup aurat. Berdosa tau kalau x tutup aurat. Panas memang panas bro, tapi panas matahari tu apalah sangat kalau dibandingkan dengan panas api. Kalau lu nak kata fesyen macam gua ni x sesuai pakai kat Malaysia, kawasan garisan khatulistiwa, fesyen yang x padan dengan geografi, lu silap bro...lu silap besar punya. Tu ha orang Mesir yang tinggal di padang pasir tu pakai jubah, pakai niqab,burqa. Panas x panas Mesir tu?
Helehhh..setakat alasan panas lu tu x boleh pakai la bro.. Buat benda baik dengan niat kerana Allah, insya'Allah pahala pun dapat wa cakap lu.. Contoh la kan, lu ada seluar baru, Levi's la konon. Lu pakai, semata-mata untuk tunjuk depan member..

Nih, gua ada cerita..
Ada satu hari tu, gua x ingat berapa haribulan. Gua tengah tunggu turn nak masuk tandas kat Masjid Jamek. Kan tandas lama tu tengah renovate, so dorang buat la tandas sementara kat depan, tepi bilik jaga tu. Alah, tempat letak tudung ngan jubah untuk pelancong tu.. lepas tu datang satu family... ayahnya semua ok, baju kemeja, seluar slack, memang kemas la. Mak pun ok jugak, tudung segera yang agak besar, baru balik shopping kot..pakai baju kurung.. tiba-tiba pak cik jaga kat belakang keluar.
"Dik, tolong pakai tudung dik, hormat sikit ni masjid ye, terima kasih." Tu yang x best.. nasib baik mak ada belikan tudung baru untuk adik. Mak keluarkan tudung baru dari dalam plastik & terus bagi adik tu. Gua boleh nampak muka budak tu malu.. Lepas tu aku mula terfikir..

Pelancong yang datang ambil gambar dalam masjid tu pun kena pakai jubah & tudung yang pihak masjid dah provide'kan, ni kan pula orang Islam sendiri masuk masjid x tutup aurat. Apa cerita ?
Masjid tempat yang penting untuk orang Islam. Orang sekarang kata masjid tu tempat untuk sembahyang, tempat nikah. Itu silap bro..

Selain tempat untuk beribadah, masjid juga berperanan sebagai pusat persinggahan dan khidmat musafir ,pusat khidmat sosial, pusat interaksi ummah perhimpunan & penyatuan pusat penyelidikan dan perbincangan ilmiah, pusat persinggahan dan khidmat musafir, pusat kegiatan islam ,pusat perbincangan ekonomi, pusat pembangunan keluarga dan sosial dan juga sebagai institusi pendidikan.

Ok, berbalik kepada cerita adik & tudung tadi.
Kenapa pakcik jaga tu suruh adik tu pakai tudung dalam kawasan masjid?
Ni pendapat gua la kan..
Masjid tu tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam kawasan masjid, mesti patuhi segala adab-adab ketika berada di masjid.
Masuk dalam kawasan tempat orang cari pahala, tempat orang buat kebaikan, beramal kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah, jangan sekali-kali buat perkara yang Allah tidak suka di sana. Apa perkara yang Allah tidak suka ?
Itulah perbuatan yang boleh membawa kepada dosa.
Mendedahkan rambut tu kan salah satu perbuatan yang ditegah oleh Allah.
Kenapa kita buat perkara yang Allah tidak suka di tempat yang Allah turunkan rahmat, tempat orang mendekatkan diri kepada Allah, tempat para malaikat mencatat amalan-amalan baik mereka-mereka yang membuat kebaikan & ibadah kepada Allah.

Lantas aku tefikir.
Yang kita ni tinggal di bumi, dapat oksigen free, tapi x bersyukur pun.
Sombong.
Tugas kita sebagai hamba Allah kita tidak buat pun.
Tau hamba tu macamana ?
Hamba tu orang suruhan. Ada majikan.
Kalau kita ni hamba, siapa majikan kita ?
Tahu kan ?
Jadi sudah tau diri tu hamba, buat la cara hamba.
Jangan hamba lebih-lebih mengalahkan bos.
Jangan jadi hamba curi tulang.
Jangan jadi hamba yang ingkar perintah.

Kita berpijak di atas bumi kepunyaan Allah.
Milik Allah.
Ciptaan Allah.
Bukan milik kita.
Jadi kenapa buat ikut suka hati kita di atas tempat yang bukan milik kita ?

Syurga tu terlalu mahal nilainya.
Itulah gaji kepada hamba yang bekerja mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannNya.

Tapi Allah tahu, siapa hambanya yang betul-betul ikhlas bekerja dan melakukan perintahnya. Masakan kita dapat akan dapat gaji kalau bos kita tau yang kita ni curi tulang atau x buat kerja langsung. Kalau bos yang x tau, logik, itu manusia.
Tapi Allah tahu.

Allah tahu, siapa yang bersenang-lenang.
Allah tahu, siapa yang bersungguh-sungguh menunaikan perintahnya.
Allah tahu, siapa yang menyesali dosa-dosanya dan kemudian bertaubat.
Allah tahu segala-galanya.

Jadi, saya yang menulis, menujukan apa yang saya tulis ini kepada diri saya yang sangat-sangat lemah ini terlebih dahulu, dengan sangat rendah hati berkongsi dengan anda, para pembaca semua. Maaf kalau ada kesilapan, harap ditegur dan diberi tunjuk ajar. Semoga menjadi renungan bersama..

Friday, April 29, 2011

NOTA SANTAPAN HATI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

NUKILAN PENULIS SEKALI LAGI DIHAMPARKAN PADA SEHELAI KERTAS BIASA, NAMUN SEDIKIT TERLEWAT PENERBITANNYA ATAS BEBERAPA FAKTOR YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN, NAMUN USAHA SI PENULIS TETAP DITERUSKAN.

NOTA SANTAPAN HATI.

ITU SEBENARNYA TOPIK MUKA HADAPAN RISALAH RETURN PADA KALI INI.

SEBENARNYA IA TELAH DISIAPKAN PADA BEBERAPA HARI YANG LEPAS, TETAPI BERJAYA DITERBITKAN DI PENGHUJUNG APRIL YANG PENUH DENGAN CABARAN YANG HARUS DITEMPUHI DENGAN PENUH KESABARAN, DAN ALHAMDULILLAH, WALAUPUN RISALAH KALI INI DITERBITKAN DI PENGHUJUNG APRIL, IANYA MASIH BELUM TERLAMBAT, DAN DIHARAPKAN NUKILAN SI PENULIS UNTUK KALI INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA SI PENULIS SENDIRI DAN SAHABAT-SAHABAT SI PENULIS SERTA SAHABAT-SAHABAT KEPADA SAHABAT-SAHABAT SI PENULIS YAN LAINNYA.

INSYA'ALLAH :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...