Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Sambut Eidul Adha dengan pencerahan

Bismillhairrahmanirrahim..

Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh..

Macamana dengan sambutan Eidul Adha pada tahun ni ?

Best ?

X balik kampung ?

Sedih ?

Biasa la tu..

Ok lah..

RETURN kali ini sekali lagi ingin berkongsi pencerahan dengan sahabat-sahabat semua, bersempena dengan Eidul Adha yang penuh keberkatan ini.

Berbeza dengan RETURN yang sebelum ini, warkah pada kali ini direka khas dalam bentuk template seperti buku, tidak seperti yang sebelumnya.

*****

Di Barat, cara penyembelihan menurut cara Islam adalah menyiksa binatang. Namun begitu, pada hakikatnya cara penyembelihan Islam adalah yang terbaik, untuk haiwan itu sendiri, daging haiwan tersebut serta memberi kebaikan kepada manusia juga. RETURN pada kali ini membawa satu fakta Sains yang sudah lama diterokai, namun ianya tidak sia-sia untuk dikongsikan, kerana dengannya boleh menjadikan kita merasa beruntung dan bersyukur, kita adalah seorang Muslim.. Alhamdulillah..





Selain itu, RETURN juga suka untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua beberapa hikmah di sebalik Ibadah Qurban yang dikerjakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu berlaku dengan sebaik-baik hikmah untuk dijadikan panduan dan landasan. Tiada yang sia-sia dalam segala kejadian yang telah Allah tentukan untuk kita dan seluruh makhluk ciptaannya.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada apa yang dikongsikan..harap diberikan teguran dan pembetulan dari apa yang telah dikeluarkan, semoga sebarang kesilapan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang..

Friday, July 15, 2011

Muslim-Mu'min-Muttaqin

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Apa khabar semua sahabat-sahabat para pembaca yang budiman sekalian ?
Harapnya sihat dan sejahtera dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT..

Hari ni kita nak berkongsi, kalau sahabat-sahabat yang lain ada pendapat masing-masing yang lebih baik, harap dapat dikongsikan bersama dan tolong perbetulkan apa yang silap dalam setiap post yang dikongsi di sini..


Ingat lagi soalan dalam filem Nujum Pak Belalang.

1) Banyak-baaaaaanyak....
2) Sikit-sikiiiitt....
3) Jarang-jaraaaaaangg....
4) Kadang-kadaaaaang...

Ala..memang kamu semua sudah tahu kan apa jawapannya..

Lelaki yang kawin dengan seorang isteri, sangat ramai.
Lelaki yang kawin dengan 2 orang isteri x la ramai.
Lelaki yang kawin dengan 3 orang isteri lagi la x ramai.
Lelaki yang kawin dengan 4 orang isteri x ramai langsung.

Minta maaf kepada tuan punya idea yang mencetuskan idea soalan ni, kita mahu modified sikit konsep jawapan soalan tu.

1) Muslim (Beragama Islam) - Banyak- baaaanyaaakkk.....
2) Mu'min ( Beriman ) - Sikit-Siiiikiiiit ....
3) Muttaqin ( Bertaqwa ) - Jarang-jaaaraaaaanggg...

Ok. Mungkin ada yang belum faham lagi kan.

Jom kita perincikan satu-persatu.

Ramai orang yang bergelar Muslim.

Maksudnya, jumlah orang Islam pada hari ini sangat ramai bilangannya.
Kalau kita rajin, cuba periksa kad pengenalan rakyat Malaysia yang ada sekarang.
Orang yang tertulis perkataan ISLAM pada kad penganalan mereka sangat ramai.
Kerana title Islam itu bersifat lahiriah. Kalau kita periksa betul-betul kad pengenalan rakyat Malaysia yang beragama Islam sekarang, memang kita x boleh terima.
" Eh, Islam rupanya ngko ni. Rambut perang, pakai skirt pendek, baju sendat".
Orang tadi tetap Islam. Islam dari segi warisan, ( ayah & ibunya Islam ). Yang paling nampak sekali, dalam kad pengenalan diri dia. ISLAM.
Jadi, betul atau tidak orang yang beragama Islam pada hakikatnya memang ramai jumlahnya. Tapi, tidak semua orang Islam itu beriman dan bertaqwa. Ada orang Islam yang cukup lengkap. Islam dari segi lahiriah dan rohaniah. Rohaniah itu dirangkumi oleh iman dan taqwa. Tanpa iman dan taqwa, seseorang Islam itu hanya Islam atas nama Islam, tetapi tidak pada dalamannya.


Ramai yang bergelar Muslim, tapi tidak semua yang bergelar Muslim itu beriman.

Ya, memang tidak dinafikan, jumlah orang Islam di seluruh dunia sangat ramai bilangannya.
Namun tidak semuanya beriman kepada Allah.
Beza antara Muslim dan Mu'min itu sangatlah jauh.
Islam itu lebih bersifat lahiriah, manakala Iman itu lebih menjurus kepada perkara-perkara rohaniah. Tapi keutamaan yang perlu dilaksanakan ialah pada perkara-perkara rohaniah, kerana itulah yang akan kita bawa untuk bertemu Allah di akhirat nanti. Itulah perkara yang akan dinilai nanti. Itulah perkara yang menjadi penentu dan pemberat timbangan amalan kita.
Tapi, kedua-duanya ( Islam & Iman ) itu perlu bergerak seiring.
Maksudnya, kalau rohani seseorang itu terisi dengan perkara-perkara yang baik, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, maka zahirnya juga perlu menggambarkan atau mengekspressikan nilai pada aspek dalamannya. Tidak logik jika ada tanggapan bahawa, walaupun lahiriah saya begini ( tidak menutup aurat contohnya ), tapi hati saya baik, saya tidak suka menunjuk. Kalau betul hati kita baik, rohaniah kita terisi dengan perkara-perkara yang sentiasa dekat kepada Allah, kenapa tidak segala kebaikan itu kita zahirkan juga pada luaran kita ?
Bukankah imej luaran itu juga termasuk dalam perkara yang termaktub dalam syariat Allah?

Muttaqin pula bagaimana ?

Muttaqin, iaitu orang-orang yang bertqwa.
Inilah ciri manusia yang terbaik di kalangan kita, iaitu orang yang bertqwa.
Orang yang bertqwa adalah sebaik-baik ciri dan sifat sebagai seorang Muslim yang beriman.
Orang yang bertaqwa, baik dari aspek lahiriahnya. Segala perkara dilakukan berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Pakaian yang dipakai olehnya bertepatan dengan syariat yang Allah tetapkan. Dalam pergaulannya tidak melanggar syariat Allah. Percakapannya baik, imejnya baik, peribadinya indah, perilakunya terpuji.
Orang yang beriman, baik dari aspek rohaninya. Amalan-amalan serta ibadahnya kepada Allah tidak ditinggalkan. Selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan banyak mengingatiNya dalam setiap aspek kehidupan. Semua rutin harian yang dilakukannya adalah ibadah baginya. Semua perkara yang dilakukannya adalah untuk mendapat kerdhaan Allah. Segala urusan hariannya dilakukan dengan niat untuk beribadah kepada Allah. Kembalinya segala keputusan dan penyelesaian bagi segala masalahnya hanyalah kepada Allah, melalui syariat dan apa yang agama telah gariskan.
Pendek kata, semua yang dilakukannya adalah berlandaskan syariat Allah serta sunnah Rasulullah.

Orang yang bertqwa memiliki kedua-duanya.
Baik dari segi lahiriah.
Baik juga dari segi rohaniah.
Segalanya terpelihara.

Firman Allah dalam surah At-Tahrim, surah ke-66, ayat ke-6 :



Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Dalam surah Al-Baqarah, surah ke-2, ayat yang ke-208, Allah berfirman.



Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan itulah yang membawa maksud, dalam setiap aktiviti seharian kita hendaklah berlandaskan syariat Islam.

Bermula dari sekarang, saya sendiri sebagai yang menulis mengingatkan diri saya sendiri untuk menilai, di manakah tahap diri kita sekarang.
Adakah aku hanyalah tidak lebih sekadar seorang Muslim ?
Adakah aku seorang Muslim yang beriman ?
Adakah aku seorang Muslim yang bertqwa ?

Jawapannya ada pada diri kita sendiri....

Sunday, October 17, 2010

SEBENTAR BERSAMA USTAZ..





POST KALI INI ADALAH MENGENAI PERKONGSIAN SATU KISAH BENAR YANG DICERITAKAN OLEH SEORANG USTAZ DALAM KULIAHNYA.

" ANA ADA SEORANG KAWAN BUKAN MUSLIM, ANA CUBA NAK BUAT REVERSE PSIKOLOGI DENGAN DIA, ANA TANYA KEPADA KAWAN ANA TU APA KEINDAHAN YANG TERDAPAT PADA AGAMA BELIAU. MAKA BELIAU DENGAN PENUH BERSEMANGATNYA BERCERITA MENGENAI PERKARA YANG HEBAT-HEBAT, YANG BESAR-BESAR SEPERTI KEHIDUPAN SELEPAS MATI, DOSA DAN PAHALA, KEHIDUPAN DI ALAM AKHIRAT, CERITA MENGENAI TUHAN DAN SEBAGAINYA.

KEMUDIAN BELIAU BERTANYA PULA KEPADA ANA, APA YANG ISTIMEWA DENGAN AGAMA KAMU? ANA DENGAN PENUH RENDAH DIRI PUN MENJAWAB, INDAHNYA AGAMA SAYA KERANA KAMI DIAJARKAN SATU-PERSATU CARA HIDUP DARI SEGENAP ASPEK, DARI BANGUN TIDUR DI SUBUH HARI SEHINGGA SAAT UNTUK TIDUR PADA WAKTU MALAM, TIDAK ADA SATU PERKARA YANG TIDAK DIAJARKAN. BELIAU MEMINTA ANA UNTUK MEMBERIKAN CONTOH.

KEMUDIAN ANA PUN MENCERITAKAN SATU SITUASI. BERMULA SELEPAS BANGUN TIDUR, KAMI DIAJARKAN UNTUK MEMBACA DOA SELEPAS BANGUN TIDUR:



PERLUNYA MEMBACAKAN DOA SELEPAS BANGUN TIDUR ADALAH UNTUK MELAFAZKAN KESYUKURAN KEPADA TUHAN KERANA MASIH DIBERI PELUANG UNTUK TERUS HIDUP DAN DIBERI PELUANG UNTUK MENGINGATI TUHAN DALAM SETIAP KETIKA WALAUPUN KETIKA BANGUN DARI TIDUR.

SESUNGGUHNYA SYAITAN MEMBUAT 3 IKATAN PADA TUBUH KITA KETIKA TIDUR, SALAH SATU CARA UNTUK MELERAIKAN IKATAN YANG PERTAMA IALAH DENGAN MEMBACA DOA SELEPAS BANGUN TIDUR, KEMUDIAN IKATAN YANG KEDUA AKAN TERLERAI APABILA KITA BERMUTOHARAH, MEMBERSIHKAN TANGAN TERLEBIH DAHULU ( KERANA KITA TIDAK TAHU APA YANG KITA SENTUH KETIKA TIDUR ),



BERSIWAK/BERSUGI ATAU MEMBERSIHKAN GIGI DENGAN KAYU SUGI.



DAN KEMUDIAN BERWUDHUK UNTUK MENUNAIKAN SOLAT FARDHU SUBUH.



KETIGA-TIGA IKATAN ITU TADI AKAN TERLERAI DENGAN SEMPURNA APABILA KITA MENUNAIKAN SOLAT FARDHU SUBUH.



YANG BESTNYA, AGAMA SAYA MENEPATI DENGAN CARA HIDUP SEHARIAN, KERANA SETIAP BILANGAN RAKAAT SOLAT FARDHU MEMPUNYAI SEBAB-SEBABNYA YANG TERSENDIRI. SOLAT SUBUH, RAKAATNYA CUMA 2, KERANA PADA WAKTU PAGI, ORANG AKAN BERGEGAS BERSIAP SEDIA UNTUK PERGI BEKERJA, PERGI KE SEKOLAH. JADINYA SOLAT SUBUH TIDAK PERLU DILAKUKAN TERGESA-GESA SEKIRANYA TERLAMBAT SERTA BOLEH MEMBUAT PERSEDIAAN YANG LEBIH AWAL SEKIRANYA SUDAH SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SUBUH, KERANA IANYA DILAKUKAN SEBENTAR SAHAJA.

KEMUDIAN ANA BERTANYA KEPADA BELIAU, AGAMA KAMU ADA ATAU TIDAK MENGAJARKAN HAL-HAL YANG SAYA TELAH SEBUTKAN TADI?
BELIAU MENJAWAB DENGAN GELENGAN KEPALA YANG RINGKAS.

BERUNTUNGLAH KITA DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG MUSLIM. BERSYUKURLAH KITA KERANA HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM. ISTIQOMAHLAH KITA UNTUK MENGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM DAN BERDOALAH KITA SUPAYA HIDUP DAN MATI KITA BERSAMA DENGAN AGAMA ISLAM.

TELAH DISEBUTKAN DI DALAM AL-QURAN, SURAH ALI-IMRAN, AYAT 85;




SEBELUM BERALIH KE POST YANG AKAN DATANG, CUBA HAYATI LAGU INI.

SEKIAN, ILALLIQO'...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...