Showing posts with label taubat. Show all posts
Showing posts with label taubat. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

baby..baby..baby owwwwww....


Bismillah..
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.

KEMBALI PADA ALLAH... JOM !!

Ingin berkongsi lagu ini, nyanyian Opick, dari Indonesia.

Sebenarnya terdapat ayat Al-Quran dalam lirik lagu ni.

"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram" [Ar-Ra'd, 13:28]

Muhasabah diri kita apabila kita didatangi dengan perasaan seperti gelisah, kecewa, sedih dan sebagainya.

Apakah cara yang kita lakukan dalam menghadapi dan cuba menangani perasaan itu?

Mendengar lagu?
"baby..baby..baby owwwwww....."


Meluahkannya dengan kawan-kawan?
"der, aku sedih la sekarang, rupanya henpon yang aku beli dulu tu da turun harga sekarang!"


Post status terbaru dalam facebook?
" kenapakah begini malang nasibku pada hari ini..? cepat la like !"

Buat emo?
Ambil pisau potong bawang, kelar tangan, tulis nama atau watak kartun kegemaran..


Atau, 
beristighfar/bertasbih/bertahmid/bertakbir/wirid/baca Al-Quran/melakukan amal soleh??

Kenapa malu sangat untuk mengadu kepada Allah?
Kenapa malu sangat untuk mendekatkan diri kepada Allah?
Kenapa rasa janggal sangat jika nampak diri tu beragama?

Allahuakbar..

Hati kita hanya akan tenang apabila mengingati Allah..

Itu yang tertulis dalam kitab suci petunjuk dan hidayah daripada Allah..

Apakah itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik yang Allah sudah tunjukkan?

Kenapa masih memilih jalan penyelesaian yang bukan ditunjukkan daripada Allah ?

Sama-sama kita muhasabah diri kita, sesungguhnya Allah sangat suka kepada hambaNya yang berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Boleh tonton video lagu ni dalam Youtube, ni ada liriknya.

VIDEO














Hasbunallah wanikmal wakil
Nikmal maulana waanikman nashir

Bila hati gelisah
Tak tenang, tak tentram
Bila hatimu goyah
Gelisah, merana

Jauhkah diri ini dar Tuhan, dari Allah
Hilangkah dalam hati dzikirku, imanku

Hanya dengan Allah
Hatimu akan menjadi tenang
Dengan mengingat Allah
Hilangkah semua kegelisahan
Cukuplah hanya Allah
Hati bergantung, berserah diri

Thursday, December 1, 2011

Ini pilihan mereka, anda bagaimana ?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)

Pada hari ini, semakin ramai artis yang 'kembali' kepada fitrah sebenar manusia untuk mencari dan menjadikan agama sebagai panduan dan landasan hidup, serta menjadikan Allah sebagai tujuan utama dalam kehidupan.

Lantaran itu, telah dianjurkan satu forum khas yang bertajuk Hijrah yang ku Temui.



Seronok mendengar dan melihat sendiri forum yang menampilkan 3 orang panel semalam, seorang Ustaz, penyanyi nasyid dan penyanyi rock kapak. Zaman dulu la.. Sekarang penyanyi rock kapak itu sudah jadi imam beb. Siapa tahu perancangan Allah macam tu kan.

Banyak yang telah dikongsikan dari 3 personaliti yang berbeza itu dari perspektif masing-masing.

Panelnya terdiri daripada :

Ust. Radzi ( ex. Kumpulan Melissa )
Ahmad Fazli (UNIC)
Ustaz Dr. Erwan ( Pensyarah USIM )

***

Menarik kupasan minda yang dilontarkan oleh setiap ahli panel berkenaan dengan topik yang dibincangkan.

Antara kata-kata Ust.Radzi yang sempat kami catatkan :



- saya jadi penyanyi rock dulu secara tak sengaja dan tak dirancang pun. Member-member yang ajak..

- saya terkesan dengan pertanyaan dalam satu konsert dulu. Biasanya penyanyi akan tanya " are you ready ? !! " tapi yang ni soalan lain sikit, " dah solat ke belum ? semua budak-budak tu diam, tak menjawab pun. Ni yang saya fikir-fikirkan..

- alhamdulillah sekarang, seorang demi seorang rakan-rakan saya datang berjumpa dengan saya, ingin sama-sama mendalami ilmu-ilmu agama dengan saya. Sekarang ni pun, kami ada rumah sendiri untuk kami sama-sama bertazkirah antara rakan-rakan artis.

- seni muzik tu elok sebenarnya, kalau baik niat, penyampaiannya, kandungannya, insyallah hasilnya akan baik. Tapi kalau niat bermuzik tu untuk benda tak baik, macam tu lah jugak hasilnya. Boleh kata muzik tu macam dadah. Ada addiction. Kita boleh jadi ketagih.Tapi ketagih tu bila kita salah guna. Kalau dadah tu sampai ke tangan orang yang tahu kegunaannya, contohnya doktor, dadah tu boleh jadi ubat.

Ini pula antara kata-kata Ahmad Fazli UNIC :



- penasyid itu adalah seorang penda'wah. Seorang penda'wah itu harus mempunyai ilmu untuk berda'wah. Da'wah itu mengajak orang lain kepada kebaikan. Melalui nasyid.

- penaysid itu adalah penda'wah. Kita yang hendak bawa agamaislam ini terikat dengan syariat Islam, untuk menyampaikan mesej Islam melalui nasyid/seni hiburan.

- kami di Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia ( MUNSYID ) baru saja selesai berusrah semalam, kami ingin menubuhkan MUNSYID ini sebagai satu badan yang berdaftar, supaya kami semua boleh memperjuangkan industri hiburan Islam yang semakin suram ini. Anugerah Industri Muzik (AIM) kini sudah tidak lagi kategori untuk Nasyid.

- Alhamdulillah, sekarang semakin ramai pendokong muzik dan hiburan Islamyang berhijrah dari muzik mainstream sebagai artis biasa, tapi kami risau, memandangkan sedikit demi sedikit ada artis nasyid yang berhijrah ke aliran muzik biasa, yang tidak membawakan lagu-lagu da'wah.

- itulah ujiannya dalam kehidupan sebagai seorang penda'wah dan juga penasyid. Saya pernah berkhidmat di UPM seagai tutor di bahagian kaunseling. Saya diberi pilihan, nasyid atau kaunselor ? Jika saya memilih nasyid, saya perlu membayar RM 120,000 kepada pihak UPM, sebab saya dah tandatangan kontrak. Saya fikir-fikirkan, istikhoroh, saya pilih nasyid, kerana untung rugi dan rezeki itu di tangan Allah. Kenapa saya pilih nasyid, kerana bagi saya, tidak semua orang yang ada kebolehan untuk bernasyid dan saya bersama-sama sahabat yang lain sedia menempuhi bermacam-macam lagi ujian sepanjang karier, pernah ditipu berpuluh malahan ratusan ribu ringgit, namun alhamdulillah, kami masih boleh bertahan sehingga ke hari ini, kerana kami ingin memastikan bahawa da'wah melalui nasyid ini akn terus berkembang dan bergerak.

Yang ni pula antara kata-kata Ustaz Dr. Erwan yang best !
- saya nak kongsikan kisah di sebuah pusat serenti, semua pegawai dalam tu panggil pelatih dengan panggilan yang tak berapa sedap, nada yang marah dan menimbulkan rasa tidak hormat kepada pegawai-pegawai itu. Satu ketika ada pelatih bergaduh. Susah nak leraikan. Dorang panggil seorang ustaz yang ditugaskan oleh pihak Jabatan Agama Islam
berkhidmat di dalam pusat serenti tu. Bila ustaz ni datang, pelatih semua ikut cakap ustaz tu. Ustaz tu tegur seolah-olah mereka tidak pernah pun membuat kesalahan sebelum ni. Bila ustaz tu buat macam tu, pelatih-pelatih ni rasa terharu. Orang yang berubah ni memang tidak lari dari ujian seperti itu, dipandang rendah dan hina kerana kekurangan dan kesalahan yang lalu.

- antara faktor orang lain susah untuk berubah, apabila hati tidak bersih. satu ayat quran menyebutkan bahawa kita perlu bersuci sebelum menyentuh Al-Quran yang suci secara zahir dan batin itu. Hati yang tidak bersih itulah yang menjadi punca kandungan Al-quran itu tidak dapat menyentuh kita/manusia secara zahir dan batin. Kalau dibacakan ayat-ayat quran pun, orang yang hati kotor ni buat rilek saja.

- kalau kita benar-benar bertekad untuk berubah, bertaubat dan berhijrah untuk menjadi lebih baik atau melupakan segala kesilapan yang lalu, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepada Allah. Tapi taubat tidak selesai setakat menyatakan taubat nasuha dan menyesali saja, tapi harus disusui dengan perbuatan-perbuatan yang baik, sebagai kafarah kepada segala kesilapan yang lepas. Selain itu, jangan lupa ajak orang lain untuk sama-sama buat kebaikan. Insyallah dengan apa yang kita sampaikan kepada orang lain, menjadi sumber muhasabah kepada diri kita sendiri serta modal untuk mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Insyallah, dengan sedikit perkongsian ini, harapnya sahabat-sahabat pembaca semua dapat sedikit sebanyak manfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain.

*Quotasi para personaliti di atas adalah berdasarkan huraian dan ditulis berdasarkan cara penulisan dan kefahaman kami dengan ayat yang dikeluarkan oleh mereka. Kami membuat catatan ringkas sepanjang forum berlangsung dan kami garap dengan ayat kami sendiri :)

Wednesday, October 13, 2010

SALAM DIUCAP PEMBUKA BICARA...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

السلام عليكم

SEBELUM JARI JEMARI MENERUSKAN LANGKAH MELIMPAHKAN ABJAD DEMI ABJAD UNTUK MENERUSKAN WARKAH UNTUK PARA PEMBACA SEMUA, UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KERANA SUDI BERTANDANG KE BLOG INI.

RETURN.

APA YANG KITA FAHAM TENTANG MAKSUD PERKATAAN 'RETURN' YANG SEBENARNYA?

MENURUT KAMUS DWIBAHASA OXFORD FAJAR EDISI KEEMPAT, M/S 345,


return v.t./i. kembali; pulang; menghantar kembali..

MAKSUD RETURN PADA KONSEP BLOG INI PULA ADALAH AKRONIM DARIPADA BEBERAPA PERKATAAN :
RE- REFORMASI
T- TAQWA
U- UMMAH
R- REMAJA
N- NUSA

SECARA TAMATTU'NYA, TAJUK UTAMA BLOG INI ADALAH SALAH SATU USAHA UNTUK MEMBAWA SATU PERUBAHAN ATAU REFORMASI BARU KEPADA REMAJA KHUSUSNYA MELALUI PELBAGAI PENDEKATAN, KERANA DENGAN TAQWA, IMAN DI DALAM HATI KECIL MANUSIA MAMPU BERTAHAN SETEGUH KARANG YANG DILANDA BADAI, DEMI MARUAH AGAMA ISLAM YANG MULIA, DEMI NUSA YANG TERCINTA.

KENAPA DIGUNAKAN ISTILAH 'RETURN' ?


TIDAK PERLU DISANGKAL LAGI JIKA KITA PERHATIKAN REMAJA MUSLIM DI SEKITAR KITA, TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN.
TERPAMPANG DI MANA-MANA SUMBER MEDIA, BAHAWA MELAYU AKAN PUPUS SATU MASA NANTI, CIRI-CIRI ISLAM PADA SIFAT DAN PERIBADI ORANG ISLAM ITU SENDIRI SEMAKIN PUDAR DAN SUKAR UNTUK KITA LIHAT, MELAINKAN PADA NAMA ATAUPUN KAD PENGENALAN.


PAKAIAN YANG MENGETEPIKAN TATACARA PEMAKAIAN YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM


PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI & PEREMPUAN BUKAN MUHRIM


MENUKAR JANTINA


JADI, KITA SEDIA MAKLUM, BAHAWA DI SAUDARA-SAUDARA MUSLIM DI SEKELILING KITA TERMASUK DIRI KITA SENDIRI TIDAK TERKECUALI DARI MELAKUKAN DOSA.




NAMUN BEGITU, YAKINLAH BAHAWA سبحانه وتعالى‎ اﷲ
MAHA PENGAMPUN.
DARI ANAS R.A, KATANYA : " AKU MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA : ' TELAH BERFIRMAN ALLAH TA'ALA :

WAHAI ANAK ADAM ! SETIAP KALI ENGKAU BERDOA BERHARAP KEPADAKU, AKU AKAN TETAP MENGAMPUNIMU ATAS SEGALA DOSA YANG ENGKAU LAKUKAN, DAN AKU TIADA PEDULI.

WAHAI ANAK ADAM !
ANDAI KATA DOSA-DOSA KAMU SETINGGI LANGIT KEMUDIAN KAMU MEMOHON KEAMPUNANKU, NESCAYA AKU AKAN MENGAMPUNIMU.

WAHAI ANAK ADAM !
ANDAIKATA ENGKAU DATANG PADAKU DENGAN DOSAMU SEPENUH BUMI INI, KEMUDIAN ENGKAU MENEMUIKU, PADA HAL TIADA ENGKAU MENYEKUTUI AKAN AKU DENGAN SESUATU PUN, NESCAYA AKU AKAN DATANG KEPADAMU DENGAN KEAMPUNAN SEPENUH BUMI PULA.




DIA SENTIASA MENERIMA TAUBAT HAMBA-HAMBANYA YANG KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.
DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 222,

GOD LOVES THOSE WHO TURN TO HIM CONSTANTLY AND HE LOVES THOSE WHO KEEP THEMSELVES PURE AND CLEAN.

( SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BANYAK BERTAUBAT, DAN MENGASIHI ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENSUCIKAN DIRI )


MAKA DENGAN ITU, ISTILAH RETURN DI SINI DIGUNAKAN SEBAGAI WADAH YANG PALING SESUAI.
UNTUK MEMBAWA SAHABAT-SAHABAT REMAJA NUSA KEMBALI KEPADA KEBENARAN.

SEBELUM ITU MENAMATKAN WARKAH INI, MARI SAMA-SAMA KITA HAYATI VIDEO INI.

TERUSKAN MEMBACA POST YANG SETERUSNYA OK !
SYUKRAN..
ASSALAMUALAIKUM..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...